Assalamualaikum wbt. Hai ! Salam sejahtera, salam 1Malaysia :)
Entri kali ini kita akan berkunjung ke utara Malaysia pula okay? Kita akan ke mana agak-agaknya..
Mestilah kita akan ke PERAK ! WOW! Apa yang seronoknya Perak ini kan?
Sebelum
itu, saya akan menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang
negeri Perak ini. Almaklum, saya memang anak jati Perak. Mana tidaknya
saya lahir di Taiping, Perak dan juga menetap di sana. Jadi, inilah
masanya untuk saya memperkenalkan negeri Perak yg kucintai, tanah tumpah
darahku.Hehehe :D
PERAK atau lebih dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan. Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak ini.
Sesetengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan
Bendahara Tun Perak dari Melaka dan ada sesetengahnya pula mengatakan ia
diambil dari ‘kilatan ikan dalam air’ yang berkilau seperti perak.
Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan
tentang khazanah yang terkandung di buminya.
Seperti negeri lain juga negeri Perak merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan
pelbagai tarikan pelancongan. Selain keunikan gua serta bukit batu kapur
yang ada di sekeliling negeri itu, tarikan lain ialah seperti pantai,
tasik, hutan, pulau dan tempat bersejarah. Antara contoh tempat-tempat yang menarik boleh di kunjungi ialah Kuala Kangsar, Taiping, Pulau Pangkor
dan sebagainya. Jadi elok sgt lah kalau kalian semua nak luangkan masa
cuti sekolah atau hujung minggu dengan berkunjung ke sini :) ia mungkin
sesuai untuk org yg tinggal di kawasan utara seperti Kedah, Pulau Pinang dan sebagainya.
Okay! di sini saya akan memperkenalkan tempat-tempat yang menarik dan
seronok yang ada di Perak. Saya pasti anda semua akan teruja dan
tertarik untuk melawat ke tempat-tempat ini selepas membaca entri saya
ini. Hehehe :D Baiklah apa kata saya mulakan dgn tempat yang pertama
iaitu Pulau Pangkor.
PULAU PANGKOR
Pulau Pangkor terletak di negeri Perak di perairan Selat Melaka.
Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000
orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di
Malaysia. Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan
memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat
yang menjadi tumpuan pelancong adalah :
- Kota Belanda
- Batu Bersurat
- Pantai Puteri Dewi
- Teluk Nipah
Untuk pengetahuan kalian, cara untuk datang ke pulau ini ialah dengan
menaiki feri di jeti Lumut. Tambang yang dikenakan untuk menaiki feri
ini ialah:
- Dewasa - RM 10.00
- Kanak-kanak - RM 6.00
Harga
yang dikenakan adalah berpatutan dan mampu dibayar oleh semua golongan
masyarakat. Selain itu, kalian boleh menjelajahi dengan berjalan kaki
atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di
sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling,
berkayak, dan memancing. Seronok tau! :D
Seterusnya,
kalian boleh datang melawat bandar warisan iaitu Taiping Perak.
Yeaaaayyy! :D pasti tak rugi kalau datang Taiping ni tahu haaaaa :) kat
sini macam-macam ada ! tapi Taiping ni bnadar warisan jadi byk laa
tempat-tempat yang bersejarah contohnya Muzium Taiping, Penjara Taiping,
Kota Ngah Ibrahim dan sebagainya. Tak kurang hebatnya..di Taiping ini
mempunyai banyak tempat-tempat menarik boleh di lawati seperti Zoo
Taiping, Bukit Larut, Taman Tasik Taiping dan sebagainya.
ZOO TAIPING
Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan terletaknya di kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran
anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo
Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi. Zoo Taiping merupakan zoo
awam pertama yang dibuka di Malaysia.
Selain itu, Zoo Taiping juga ada extra kelebihan dengan mengadakan night safari yang boleh dikunjungi pada waktu malam. Pembukaan night safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang pertama yang membuat aktiviti yang sedemikian. Pembukaan night safari dipercayai oleh pihak pengurusannya menjadi satu daya tarikan di Taiping mahupun di Malaysia. Memang seronok dapat melihat gelagat binatang di sini pada waktu malam ! :D waktu operasi bagi night safari ini adalah seperti berikut :
- Isnin - Jumaat : 8.00 malam - 11.00 malam
- Sabtu : 8.00 malam -12.00 malam
KUALA KANGSAR
Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar Diraja
dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga
merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk
tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana) yang menarik. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di
tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak
sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang
Sa. Terdapat beberapa kawasan pelancongan dan rekreasi di Kuala Kangsar antaranya ialah :
- Masjid Ubudiah di Bukit Chandan
- Galeri Sultan Azlan Shah
- Istana Kenangan / Istana Kuning (Muzium Diraja Perak)
- Labu Sayong
Selain itu juga di sini turut terkenal dengan makanannya yang tidak asing lagi dengan kita iaitu laksa Pak Ngah ! Kalau anda datang ke sini wajib kena rasa keenakan laksa Pak Ngah ini. Bak kata orang sedap hingga menjilat jari :D almaklum lah laksa ini hanya ada di Kuala Kangsar ini saja. Hehehe :P
Jangan lepaskan juga peluang anda untuk pergi memborong labu sayong! Hahaha :D mesti teruja tengok orang buat labu sayong di sini. Semuanya cantik-cantik belaka. Menarik, comel serta unik ! kalau dah pergi jalan-jalan kena lah beli buah tangan kan.. jadi labu sayong ini memang pilihan yang terbaik lah. Sebab apa.. harganya berpatutan dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat. Ramai-ramai lah beli labu sayong ! :)
Saya rasa sampai sini saja lah coretan dan bingkisan mengenai Negeri Perak ini. Kalau nak cerita semua..memang tak cukup lah. Hihihi ^^ jadi saya syorkan kepada anda semua..andai ada kelapangan waktu ataupun ingin pergi bercuti..boleh lah datang ke Perak ini. Tidak rugi pasti!
ATE MOH LERR DATANG PERAK YOP!!:D
No comments:
Post a Comment