Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam ukhwah,
Kini, sudah tiba masanya oleh cheq untuk mengupdate
dan mengepost entri baru kat belog ini ...Hehehehe...
Dengaq pun tau kan.. cheq nak cerita
tentang negeri apa....
Semestinya KEDAH
DARUL AMAN!!!! hihihi ^_^
Sekarang ni meh cheq nak cerita tentang tempat menarik yang ada di Kedah...
Pertama sekali sememangnya,Langkawi!!!!
Dikenali sebagai empat bebas cukai dan
ada banyak cekelat.... rasanya, tak perlulah cheq nak terang banyak2
pasai Langkawi ni sebab ramai orang dah tahu dan arif tentang tempat ni...
Antara chalet yang terdapat disitu....
Yuyu Zulaikha >>> ni dia belog orang Langkawi yang femes
tu....
Seterusnya ialah, The Carnival di Sungai
Petani..
Taman tema The Carnivall Water & Land
ni terletak dalam kawasan Cinta Sayang Golf & Country Resort.. Taman tema
ni adalah satu-satunya taman tema air yang terdapat kat Kedah... huhuhu.. amat
menyedihkan.. );
Walaubagaimanapun, anda akan disajikan
dengan pelbagai keseronokan yang tidak terhingga apabila berada di situ, TRUST
ME!!.. Selain permainan air, anda juga boleh bermain paintball disitu... jangan
lepaskan peluang untuk mencuba!!! ^_^
INI adalah bayaran untuk masuk ke the carnivall....
#P/S:pastikan bawak mycard.....
Selain daripada Langkawi dan The Carnivall, hampa mesti tak pernah dengaq tentang Taman Lye Huat, kn? hurmmmm.... -____-
Mai chek nak cerita sikit....
Taman Lye Huat yang terlatak di Kubang Pasu ni sebenaqnya.... dibangunkan atas dasar minat peribadi Dr. Lim Lye Huat dan dinamakan Lye Huat Stone Art Gallery. Namun, atas nasihat kawan-kawannya, beliau membuka taman ini untuk orang ramai. Klu nak mai melawat, hampa akan dikenakan bayaran sebayak RM8.00 sahaja dan bolehlah menikmati keindahan landskapnya yang unik, menyaksikan Pameran Seni, Jendela Air Tawar serta Zoo Mini... Cantik!!!
Selain Taman Lye Huat, kami juga ada Sungai Sedim Tree Top Walk. Tree Top Walk di sini merupakan titian yang terpanjang di dunia. Dengan ketinggian 50 meter dari permukaan tanah, pemgunjung (iaitu hampa) dapat melihat permandangan sungai yang mengalir deras, dan pelbagai spesies tumbuhan dan hidupan liar yang sungguh menawan.
Selain tiga yang di atas ni, sebenaqnya ada banyak lagi, kalau nak cerita semua takut tak cukup ruang nak tulis ja... jadi cheq cuma nak tunjuk gambaq ja la nooo....
The Carnivall
Air terjun titi hayun,daerah Yan.
Balai Besar,Alor setar
Balai nobat , Alor Setar
Antara tempat lain ialah, Taman Rekreasi
Lye Huat, Pusat Sains Negara, Muzium Padi, Sungai Sedim Tree Top Walk, dan
macam2 lagi!!!
Haaa...... La ni chek nak habaq pasai makanan yang
sedap kat Kedah pulak.....
First of all is, Kuih Lopes.. Bukan Lopez de Squera, tau.... #hehehe.. (cakap omputih lak...^_^)
<<<<< Ni la Kuih Lopes
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecl garam
Beberapa titik pewarna hijau
Kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam.
Cara penyediaan:
1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dgn air yang dicampurkan dengan
perwarna hijau
dan air kapur. Rendamkan selama 3jam.
2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.
3. Toskan beras dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit.
4. Kemudian masukkan santan yang dicampurkan dgn garam dan air pandan kukus
lagi selama 30minit.
5. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut yg telah
masak tadi dan tekan padat2 dgn plastik/daun pisang.
6. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yang disukai. Kemudian
golekkan dalam kelapa parut.
Bahan Untuk Air Gula:
3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula
3 cawan air
2 helai daun pandan ~ disimpul.
Cara penyediaan:
~ Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Bila mendidih kecilkan api dan
masak hingga agak likat/pekat. Bila sudah sejuk bolehlah dimakan bersama pulut.
Lain2 kuih..
Apum Lenggang |
Serawa Pisang |
Kuih Qasidah..
Wassalam....